| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kayuhan Amal Penjara Sungai Bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani

Pada 5 Julai 2019 (Jumaat), Jabatan Penjara Sungai Petani bersama Majlis Perbandaran Sungai Petani telah mengadakan Kayuhan Amal bertempat di Bukit Malut Langkawi, Kedah. Antara aktiviti yang diadakan ialah membuat kebersihan di kawasan kebersihan sekitar  perkampungan dan kebersihan Surau AN-Nur. Masyarakat Tanjung Lembong juga didedahkan dengan pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan Penjara Sungai Petani. Selain itu, penduduk kampung didedahkan dengan taklimat kepenjaraan dan  pameran oleh kakitangan Penjara Sungai Petani, disamping memberi sumbangan kepada golongan asnaf kampung Tanjong Lembong, Bukit Malut. Kayuhan Amal  ini juga dapat memupuk silaturahim antara kakitangan dan masyarakat setempat disamping menyahut seruan  Kerajaan Malaysia.