| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Pusat Koreksional Jasin 2019

Pada 02 Julai 2019, seramai 43 orang diselia (ODS) telah diraikan bersama-sama keluarga dalam Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Objektif program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan diantara ODS dan ahli keluarga. Pelbagai pengisian telah diadakan seperti Acara Memotong kek, Persembahan oleh ODS, Karaoke bersama Ahli Keluarga, sesi bergambar dan pertandingan menganyam kelongsong ketupat. Majlis telah dijalankan oleh KIP Abdul Haiyy Bin Md Ghaus Ketua Unit Pemulihan Pusat Koreksional Jasin.