| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Derma Darah Kakitangan PPA Muar Bersama Jabatan Tabung Darah Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Pada 19 Januari 2020 (Ahad) Unit Klinik Pusat Pemulihan Akhlak Muar bersama Jabatan Tabung Darah Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar telah mengadakan program derma darah untuk kakitangan dan juga ahli PERSIAP Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Program bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari di Bilik Persidangan Lembaga Penasihat, Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Program ini turut disertai oleh PKP Mohd Rothman Bin Bujang serta isteri ,Puan Rosnah Binti Awaludin dan Ahli PERSIAP serta warga kerja PPA Muar yang lain.