| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Khas Perlepasan Berlesen dan Cuti Sementara Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019

Pada 1 Jun 2019 (Sabtu) bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah diadakan Program Khas Perlepasan Berlesen dan Cuti Sementara Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019. Dalam program ini seramai 3 orang penghuni telah tamat tempoh hukuman, 9 orang penghuni diberi peluang cuti sementara, 8 orang penghuni diberi perlepasan berlesen kerana mendapat tawaran pekerjaan dan 11 orang penghuni diberi perlepasan berlesen kerana mendapat tawaran belajar. Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka yang turut menyerahkan dokumen kepada ibu bapa dan penjaga para penghuni yang hadir untuk menyambut anak-anak mereka.