| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Bubur Lambuk Perdana & Ceramah Nurul Quran 1440H/2019M

Pada 23 Mei 2019 (Jumaat) bersamaan 18 Ramadhan Akhir 1440H Penjara Wanita Kajang dan PUSPANITA Kebangsaan telah menganjurkan Program Bubur Lambuk Perdana & Ceramah Nurul Quran. Program ini adalah hasil kerjasama Persatuan Isteri Dan Anak Penjara (PERSIAP) Malaysia dan Penjara Wanita Kajang yang ingin berkongsikan peristiwa penting Nurul Quran dan melahirkan sifat cinta kepada Al-Quran dalam diri penghuni dan kakitangan.

Tetamu jemputan yang memeriahkan program ini adalah YBhg. Datin Seri Jamaliah Binti Othman, Yang Di Pertua PUSPANITA Kebangsaan, YBhg Datin Seri Roba’aishah Binti Mohd Ghazali, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kementerian Dalam Negeri (KDN), YBhg Datin Seri Hajah Noraini Binti Haji Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia, ahli jawatankuasa PUSPANITA Kebangsaan, ahli Jawatankuasa PERSIAP Malaysia, pegawai-pegawai kanan serta kakitangan Penjara Wanita Kajang. Seramai 200 banduanita telah menyertai program ini.


Antara pengisian program tersebut adalah Forum Perdana denga tajuk ceramah “Al-Quran Penyuluh Jalan Hidup”, Tilawah Al-Quran oleh kakitangan Penjara Wanita Kajang, Persembahan Nasyid oleh Penghuni dan Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk PUSPANITA Kebangsaan & PERSIAP Malaysia bersama Penghuni Penjara Wanita Kajang. Wakil penceramah yang dijemput adalah Ustaz Ansarullah Bin Hashim, Pegawai Hal Ehwal Islam (S52) dari Bahagian Agama Dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM).