| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan Kakitangan PRP Kem Syed Sirajuddin Gemas Bersama Orang Diselia Dan Anak-Anak Yatim Kariah Masjid Jamek Gemas

Pada 29hb Mei 2019 bersamaan 24 Ramadhan 1440 Hijrah Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan kakitangan dan keluarga serta Orang Diselia dan anak-anak yatim Kariah Masjid Jamek Gemas. Majlis diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati Penolong Kanan Komisioner Rahmat bin Rani Pengarah Penjara Negeri, Negeri Sembilan, Kolonel Hj Che Manan bin Saad Pegawai Memerintah Markas Garison Gemas, Penolong Komisioner Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institut Pemulihan Dadah Jelebu, Penguasa Wan Rosli bin Dollah Pegawai Yang Menjaga Pusat Reintegrasi Penghuni Kem Syed Sirajuddin Gemas, pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia serta Ahli persiap Pusat Reintegrasi Penghuni Cawangan  Negeri Sembilan. Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid Ods oleh kumpulan Soltun Qalbun serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim dibawah Kariah Masjid Jamek Gemas dan sumbangan kepada peserta Tadarus Al-Quran Ods.