| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Qiamullail Dan Sahur Anjuran Bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka Sempena Program Mufti Bersama Ummah

Bersempena bulan Ramadhan 1440H, Penjara Sungai Udang telah mengadakan Program Qiamullail dan Bersahur bersama Banduanita anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka di Blok Pembangunan Insan. Antara pengisian program adalah solat Sunat Tahajjud, solat Subuh, solat Sunat Dhuha dan tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hj Abd Manap bin Mohamad dari Pejabat Agama Daerah Jasin. Turut hadir dalam program ini adalah kakitangan Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Pegawai Kanan Wanita. Penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disampaikan oleh TPP Mohd Sazeli kepada wakil Jabatan Mufti Negeri Melaka. Program ini diadakan bermula pada jam 3.00 pagi dan berakhir pada jam 7.30 pagi.