| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Derma Darah Kelab Kebajikan dan Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia (KIPP)

Pada 30 Januari 2020 (Khamis), Kelab Kebajikan dan Sosial Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia (KIPP) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah mengadakan Program Derma Darah bertempat di Ruang Legar IPPM. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang itu berjaya mengumpulkan sebanyak 57 penderma melibatkan warga kerja Ibu Pejabat Penjara, Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang serta orang awam. YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara dan Pengurusan Tertinggi Jabatan turut hadir menderma dan memberi sokongan kepada penderma.