| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Sungai Udang Anjuran Bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka

Pada 17 Mei 2019 (Jumaat) telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Penghuni Penjara Sungai Udang anjuran bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka sempena Program Mufti Bersama Ummah. Majlis telah dihadiri oleh YB Puan Rusnah binti Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu), SS Datuk Haji Abdul Halim bin Tawil (Mufti Negeri Melaka), YBhg. KP Datuk Abdul Aziz bin Mohamad (Pengarah Penjara Negeri Melaka), TKP Noor Aziz bin Muhammad Noor (Pengarah Penjara Sungai Udang) serta kakitangan dan warga kerja Jabatan Mufti Negeri Melaka. Antara pengisian program adalah Solat Asar Berjemaah dan Bacaan Al-Quran Juzuk 30, Sumbangan Hari Raya kepada wakil penghuni, penyerahan sijil kiblat Institusi Penjara Melaka, Solat Maghrib dan Tazkirah yang dipimpin oleh Tuan Haji Hazarudin bin Baharudin (Timbalan Mufti Negeri Melaka), Solat Isya’ dan Solat Sunat Tarawih yang dipimpin oleh SS Datuk Haji Abdul Halim bin Tawil (Mufti Negeri Melaka). Majlis yang diadakan di Surau Banduan ini berakhir pada jam 10.30 malam.