| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Pelatih Dalam Kamar (Pupil In Chambers) & Peguam-Peguam Muda Negeri Sembilan

Pada 30.04.2019, Institusi Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima lawatan dari Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Negeri Sembilan. Lawatan ini terdiri daripada Pelatih Dalam Kamar (Pupil In Chambers) & Peguam-Peguam Muda. Pelawat telah dibawa ke Pejabat Rekod Banduan untuk melihat kaedah penerimaan banduan, pembebasan banduan, penyemakan waran dan kaedah pelaksanaan hukuman sebat rotan. Pelawat telah dibawa ke Blok Wanita untuk melihat sesi program pemulihan banduan dan sesi penerangan berkaitan sistem peringkat banduan. Seterusnya, pelawat telah dibawa ke Bengkel Wanita untuk merasa hasil kemahiran pembuatan kek oleh banduanita. Semasa lawatan, Pengerusi Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Negeri Sembilan, En. Azmi bin Abdoll Aziz amat tertarik dengan lanskap dan kebersihan di Penjara Wanita Penjara Sungai Udang. Diakhir lawatan, pelawat dibawa ke Galeri Penjara Sungai Udang untuk melihat produk-produk yang dipasarkan. Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani Buku Lawatan Rasmi oleh Pengerusi Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Negeri Sembilan En. Azmi bin Abdoll Aziz serta penyerahan cenderahati dan sesi bergambar.