| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Penerapan Nilai-Nilai Murni: Majlis Khatam Al-Quran Al-Karim Dan Ceramah Nuzul Al-Quran Kakitangan Ibu Pejabat Penjara Malaysia Sempena Ramadan Al-Mubarak 1440 Hijrah / 2019 Masehi

Bahagian Agama Dan Kaunseling dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Profesionalisme Dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Ibu Pejabat Penjara Malaysia (KIPP) telah menganjurkan Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadan Al-Mubarak 1440H / 2019M.

Program Tadarus Al-Quran yang bermula pada 01 – 18 Ramadan 1440H / 06 Mei – 23 Mei 2019M telah disertai seramai 60 orang Pegawai dan kakitangan IPPM. Program Tadarus ini diakhiri dengan Majlis Khatam Al-Quran yang telah disempurnakan oleh  Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan & Koreksional) YBhg. Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan pada 19 Ramadan 1440H / 24 Mei 2019M, pada jam 8.30 – 11.00 pagi bertempat di Auditorium IPPM. Majlis ini juga disusuli dengan ceramah agama sempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh  Ustaz Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Ketua Seksyen Agama dari Bahagian Agama Dan Kaunseling, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Majlis dan aktiviti seumpama  ini mudah-mudahan dapat diteruskan pada bulan-bulan lain selepas berakhirnya bulan Ramadan.