| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyerahan Kad Pengenalan Kepada Orang Tahanan

Pada 18 Mei 2019 (Sabtu), Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan majlis penyerahan kad pengenalan kepada orang tahanan. Penyerahan kad pengenalan tersebut dilakukan sendiri oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Y.BHG Dato’ Ruslin bin Jusoh kepada YBrs. KP Hj. Abd Wahab bin Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor diiringi oleh PKP Mohd Shukri bin Harun, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan rombongan turut dibawa melawat ke dalam Pusat Pemulihan Akhlah Muar bagi melihat sendiri program pemulihan yang dijalankan di institusi ini. Majlis ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara serta lain-lain agensi.