| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Perdana Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai Pulau Pinang Tahun 2019

Pada 16 Mei 2019 (Khamis) bertempat di Dewan Sukan Penghuni telah berlangsungnya Majlis Berbuka Puasa Perdana Peringkat Penghuni Penjara Seberang Perai Pulau Pinang Tahun 2019. Turut hadir bersama-sama bagi memeriahkan majlis adalah YB. H’ng Mooi Lee, ADUN Jawi, TKP Roslan bin Hj. Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, PKK Husin Bin Hj. Johari, Pengarah Penjara Seberang Perai, wakil pengarah institusi, timbalan-timbalan pengarah institusi, wakil ADUN Sungai Bakap dan ADUN Sungai Acheh, wakil ahli lembaga hakim pelawat, Ust. Jafri Bin Abu Bakar Mahmoodi, Mudir Kidaf, Ustaz Manis, Ketua Bahagian Fitrah dan Qaryah, Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang, pegawai-pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan meraikan (400) orang penghuni penjara untuk majlis berbuka puasa. Antara susun atur majlis yang diadakan ialah persembahan Indahnya Ramadhan oleh Ustaz Manis, penyerahan Zakat Fitrah Peringkat Penghuni kepada Pusat Urus Zakat Negeri Pulau Pinang, penyampaian saguhati tadarus dan cenderahati, Tazkirah Therapy Ramadhan yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Hj. Jafri Abu Bakar Mahmoodi, Mudir Kompleks Islam Darul Faizin dan diteruskan lagi dengan ramah mesra YB Jawi dan semua tetamu bersama penghuni. Majlis diakhiri dengan majlis berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.