| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadhan Penjara Dusun Dato' Murad

13 Mei 2019 (Selasa) : Bertempat di Surau Al-Syifa’ Penjara Dusun Dato’ Murad, telah diadakan Majlis Berbuka Puasa bagi kakitangan dan juga ahli keluarga. Majlis tersebut diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Bin Haji Mohd Akin iaitu Timbalan Menteri Industri Utama yang juga merupakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya. Turut hadir ialah YBhg KP Datuk Abdul Aziz Bin Mohamad selaku Pengarah Penjara Negeri Melaka dan TKP Noor Aziz Bin Muhammad Noor selaku Pengarah Penjara Sungai Udang dan jemputan-jemputan daripada Institusi Penjara Negeri Melaka. Aturcara majlis dimulakan jamuan berbuka puasa dan Solat Maghrib. Majlis diteruskan lagi dengan Solat Isyak dan Solat Terawih serta jamuan moreh.