| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ziarah Nur Kasih Ramadhan Pusat Koreksional Puncak Alam

Pada 12 Mei 2019 bersamaan 7 Ramadhan 1440H, telah berlangsung Program Ziarah Nur Kasih Ramadhan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Penjara Malaysia bersama rakan stategik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan dan Surau Putra Al-Amin, Putrajaya di Pusat Koreksional Puncak Alam.

Program diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Persekutuan, TKP Mohd Muslih Bin Mohamud, Pengarah Bahagian Agama dan Kauseling, IPPM, PKP Amer Shariffudin Bin Mat Noor, Pengarah Pusat Koreksional Puncak Alam dan wakil daripada rakan-rakan stategik. Antara Pengisian program ialah gotong royong memasak bubur lambuk antara kakitangan JAWI, Kariah Surau Putra Al-Amin bersama Penghuni PKPA disebelah pagi. Forum “ChiChet Ramadhan: Bagaimana Puasa Kita?” oleh Moderator Ust Zakaria Bin Othman, Ust Bakhtiar Fitri Bin Abd Hamid dan Pesonaliti Shamsul Ghau-ghau sebagai ahli panel. Seterusnya persembahan penghuni dan majlis berbuka puasa bersama penghuni di Surau Saidina Abu Bakar As-Siddiq, PKPA serta Solat Maghrib berjemaah.