| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Sumbangan Kurma Daripada Maybank Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1440H / 2019

Pada 10 Mei 2019 (Jumaat), pengurusan Penjara Wanita Kajang telah menerima Sumbangan Kurma daripada Maybank Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada banduanita di Institusi ini. Wakil Maybank, Encik Suresh Kumar A/L Jayakrishnan, Encik Ahmad Faizal Bin Zakaria dan Puan Nur Syuhada Wahida Binti Osman telah memberikan sumbangan sebanyak 9 kotak kurma di Pintu Besar Penjara Wanita Kajang yang telah diterima oleh PP Kesumawati Binti Ilas, Timbalan Pengarah Penjara Wanita Kajang dan disaksikan oleh PKP Muhamad Kamal Bin Shamsudin, Penjara Kajang. Sumbangan ini merupakan kesinambungan daripada Program Perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Maybank. Hal ini merupakan inisiatif Maybank untuk memberi sumbangan kepada umum menerusi pelbagai aspek seperti kesejahteraan gaya hidup, seni dan kreativiti, pendidikan, kepelbagaian alam sekitar serta kebajikan masyarakat. Pegawai Maybank juga telah membuat lawatan ke Taska di Penjara Wanita Kajang untuk mengenalpasti keperluan kanak-kanak sempena Hari Raya.