| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perasmian Galeri Kraftangan Penjara Taiping

Pada 5 Mei 2019 Penjara Taiping telah mengadakan Perasmian Galeri Produk Penjara di Laketown Craft Bukit Merah dengan kerjasama sepenuhnya daripada Pengurusan Laketown Resort Bukit Merah. Perasmian ini telah disempurnakan oleh YDH PKK Charin Promwichit Pengarah Penjara Taiping.Perasmian ini juga turut dihadiri oleh Pengurus Resort Laketown Resort, Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Perak dan wakil, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Larut Matang dan Selama, Lembaga Hakim Pelawat Negeri Perak, Ahli PERSIAP Taiping serta kakitangan Penjara Taiping. Dalam ucapan perasmian tersebut YDH PKK Charin Promwichit mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Laketown Resort atas kerjasama sepenuhnya serta memberi peluang dalam mempromosikan produk Jabatan Penjara Malaysia khususnya dalam memperkenalkan kepada masyarakat hasil produk penghuni Penjara Taiping.Turut juga diadakan pameran kepenjaraan serta peralatan KIK Penjara Taiping.Perasmian ini berakhir dengan sesi bergambar kenangan oleh jemputan yang hadir.