| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Tautan Ukhwah Saudara Kita Peringkat Penghuni Penjara Puncak Borneo Tahun 2019

Rabu (08 Mei 2019 / 3 Ramadhan 1440H) – Institusi Penjara Puncak Borneo telah mengadakan Program Tautan Ukhwah Saudara Kita Peringkat Penghuni Penjara Puncak Borneo dilangsungkan Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak Tahun 2019 bertempat di Bilik Kuliah Halaqah, Penjara Puncak Borneo.

Program ini melibatkan 2 orang penghuni saudara kita yang telah terbuka pintu hati untuk memeluk agama Islam dan disaksikan oleh 50 orang penghuni lain. Program tersebut turut disempurnakan oleh pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Al-fadil Ustaz Abdul Mutalib bin Abdullah dan beberapa Penolong Pegawai Agama (Penjara) serta beberapa anggota penjara yang lain. Antara pengisian program tersebut tazkirah daripada pegawai JAIS “Mahalnya Islam Dalam Diri Kita” memberi kesedaran dan pelajaran hidup supaya sentiasa menjaga iman dan islam dalam diri kita terutama dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini.

Pada akhir program penghuni bersalam-salaman dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W bersama pegawai yang hadir bagi mengeratkan lagi hubungan ukhwah fillah sesama islam.