| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

'Masih Ada Yang Sayang' Di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka

Pada 02 Mei 2019, seramai 42 Mahasiswa Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya Kuala Lumpur telah mengadakan program ‘Masih Ada Yang Sayang’ bersama-sama 50 pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka. Program yang diadakan di Dewan Seroja ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dan berkongsi pengetahuan bersama pelajar disamping membentuk jati diri di kalangan pelajar. Program ini turut disertai oleh Dr Abd Razak Bin Zakaria, Pensyarah Penasihat Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. PKP Abd Rahman Bin Taib, Pengarah SHG Telok Mas telah menyempurnakan perasmian penutupan dan menyampaikan sijil-sijil penyertaan kepada peserta-peserta yang terlibat.