| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Penutupan Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Bola Tampar Antara Zon Penempatan Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2019

Pada 29hb April 2019 (Isnin) - Bertempat di Dewan Bistari Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan majlis penutupan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan Bola Tampar peringkat Penghuni Pusat Kota Kinabalu. Pertandingan melibatkan penyertaan seramai 80 orang penghuni, mewakili 7 zon penempatan masing-masing.

Pertandingan ini bermula pada 15hb dan berakhir pada 23hb April yang dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Pemulihan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PPP Rajesh Bin Juri, Ketua Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Objektif program adalah untuk mencungkil bakat dan memupuk amalan gaya hidup sihat di kalangan penghuni Penghuni Pusat Kota Kinabalu.

Keputusan Pertandingan :

Johan : Zon Aman
Naib Johan : Zon Cemerlang
Ketiga : Zon Bakti
Keempat : Zon Damai