| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Dialog Bulanan Pusat Koreksional Labuan Bagi Bulan April 2019 Dan Majlis Sanjungan Budi

Pada 24 April 2019 (Rabu) bertempat di Perkarangan Bilik Mesyuarat Pusat Koreksional Labuan telah diadakan Sesi Dialog Bulanan Pusat Koreksional Labuan bagi Bulan April 2019 dan Majlis Sanjungan Budi sempena Perpindahan Timbalan Penguasa Penjara, Peter Anak Rex Barthy ke Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuatkuasa pada 29 April 2019. Sesi dialog tersebut telah dipengerusikan oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan. Antara pengisian majlis tersebut adalah penyampaian sumbangan kepada pegawai yang baru mendirikan rumah tangga dan kehilangan ahli keluarga terdekat, cabutan bertuah, sambutan hari lahir pegawai dan penyampaian cenderahati kepada Timbalan Penguasa Penjara, Peter Anak Rex Barthy daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pusat Koreksional Labuan.