| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018 Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Selatan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar

Pada 18 April 2019 (Khamis) telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Zon Selatan yang dikelolakan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor bertempat di Dewan Gemilang Kuarters PPA Muar melibatkan 232 penerima  anugerah perkhidmatan cemerlang. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Wan Ahmad Dahlan bin Hj. Ab. Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir ialah YBhg. TKJP Dato’ Haji Abdul Aziz bin Abdul Razak, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pemasyarakatan), YBrs. KP Supri bin Hashim, Pengarah Bahagian Banduan/Tahanan Radikal & Berisiko Tinggi, Yang Dihormati Puan Kamisah binti Che Daud, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Pengarah-Pengarah Negeri dan Pengarah Institusi Zon Selatan. Susun atur majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor, Negaraku, Keharmonian Rakyat dan Bakti Setia. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Aluan oleh  Pengarah Negeri Johor YBrs. KP Hj Abd Wahab bin Hj Kassim seterusnya Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2018. Majlis diakhiri dengan ucapan YBhg Dato’ Wan Ahmad Dahlan bin Hj. Ab. Aziz dan sesi bergambar bersama penerima Anugerah Perkhidmtan Cemerlang.