| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Tahanan Poca, Pusat Pemulihan Khas Bentong Tahun 1440H/2019M

Khamis, 25 April 2019, Unit Pemulihan Penjara Bentong dengan kelolaan oleh  Unit Agama telah berjaya melaksanakan satu program iaitu Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Tahanan POCA, Pusat Pemulihan Khas Bentong Tahun 1440H/2019M

Program ini diacarakan oleh Ustaz Al Faisal Bin Nalis  serta dihadiri oleh seramai 55 orang tahanan POCA yang beragama islam. Pertandingan ini disertai seramai 7 orang tahanan POCA. Pertandingan ini telah diadili oleh 2 orang Juri tersohor, iaitu Ust Shamsul Bin Nik Abdullah (Guru SIB) dan Ust Shukri Bin Osman (PHEI).

Pertandingan ini berakhir dengan penyampaian hadiah  oleh TPP Mohamad Hasnor Bin Abd. Hamid (Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Bentong) dan KIP Mohammad Bin Hamzah (Ketua Unit Pemulihan Penjara Bentong) kepada Pemenang dan Peserta Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Tahanan POCA, Pusat Pemulihan Khas Bentong Tahun 1440H/2019M dan Jamuan Makan.

Dengan berakhirnya pertandingan ini maka diharap dapat memupuk semangat cintakan Al-Quran dikalangan tahanan serta sebagai semangat dan dorongan untuk menghadapi Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.