| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jom Baca 10 Minit

Pada 23 April 2019 ( Selasa ) bertempat di Dewan Kompleks Sukan berlangsungnya Program Jom Baca Bersama 10 minit. Program ini dilaksanakan secara lintas langsung di Mydin Mall Jalan Baru Bukit Mertajam dengan melalui beberapa tempat diantaranya bermula daripada Rapid Feri, Perbadanan Bukit Bendera, Pusat Jagaan Damai Permai, SMKA(P) Al- Mashoor, Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Klinik Cure & Care Bukit Mertajam, Tabika Perpaduan dan Penjara Seberang Perai. Program ini dijayakan bersama kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang, kakitangan Penjara Seberang Perai dan (500) orang banduan Penjara Seberang Perai. Hadir bersama Timbalan Pengarah Penjara Seberang Perai, PP Mohamad Jusoh Bin Ismail. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Pulau Pinang turut menyumbangkan (500) naskah buku. Program ini menggalakkan dan menarik minat untuk meningkatkan tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat.