| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Daripada Pengerusi Puspanita Kementerian Dalam Negeri Dan Yang Dipertua Persiap Malaysia Sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Persiap Kali Ke-30

20 April 2019 (Sabtu) – Muzium Penjara Malaysia Melaka telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datin Seri Roba’aishah binti Mohd Ghazali Pengerusi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri dan YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man Yang Dipertua PERSIAP Malaysia bersama 122 orang ahli PERSIAP Malaysia. Lawatan ini telah disambut oleh PP Mohd Saifullah bin Md. Akhir Pengarah Muzium Penjara Malaysia dan Puan Fairuz Simaa binti Abdullah Pengerusi PERSIAP Muzium Penjara Malaysia. Lawatan ini bersempena Mesyuarat Agong PERSIAP ke - 30 yang diadakan pada 20 April 2019 bertempat di Penjara Sungai Udang Melaka.

Ahli rombongan telah diberikan taklimat khas dan lawatan berpandu di dalam muzium. Ahli rombongan juga telah dihiburkan dengan persembahan one man show daripada Kakitangan Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka semasa sesi minum petang. Lawatan yang bermula pada jam 3.00 petang berakhir pada jam 5.30 petang.