| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pemeriksaan Kesihatan dan Saringan ‘Pap Smear’ Pelajar Tun Teja SHG Telok Mas, Melaka

Pada 12 April 2019, Unit Klinik Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka telah mengadakan Program Pemeriksaan dan Saringan ‘Pap Smear’ kepada penghuni Tun Teja SHG Telok Mas Melaka. Program ini telah dikendalikan oleh Dr Noor Ain, Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Ayer Molek dibantu oleh 5 orang jururawat. Ujian saringan ‘Pap Smear’ ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran awal tentang bahaya kanser serviks sebagai pembunuh kedua wanita di negara ini selepas barah payudara. Seramai 59 pelajar Tun Teja telah mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan dan saringan ‘Pap Smear’ secara percuma sewaktu program ini.