| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Hari Kecemerlangan Pendidikan Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney 2018

Pada 11 April 2019 bertempat di Dewan Seroja Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah diadakan Majlis Hari Kecemerlangan Pendidikan Peringkat Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney Jabatan Penjara Malaysia. Majlis diadakan bagi menghargai pencapaian institusi serta penghuni yang telah berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg TKJP Dato’ Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Keselamatan dan Koreksional). Pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah dipilih Pelajar Terbaik SPM 2018 juga olahragawan serta olaharagawati dan turut menerima Anugerah Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Henry Gurney. Manakala pelajar Sekolah Integriti Puncak Alam telah menerima Anugerah Khas Ketua Pengarah Penjara dengan hadiah berupa sijil dan wang tunai RM 100.00 dan Sekolah Integriti Puncak Alam turut menerima Anugerah Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Integriti dengan menerima hadiah wang tunai RM 300.00. Dalam Anugerah Lonjakan Saujana ianya telah dimenangi oleh Sekolah Integriti PPA Muar. Majlis turut menyaksikan penyerahan surat tawaran belajar ke IKTBN Chembong kepada 13 orang pelajar SHG yang berjaya menerima tawaran Kursus Scafolding dibawah inisiatif Riben Kuning Kementerian Belia Dan Sukan.