| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Ceramah Isra’ Mikraj Peringkat Banduan Penjara Bentong 2019

Selasa, 16 Mac 2019, Unit Pemulihan Penjara Bentong dengan kelolaan oleh  Unit Agama telah berjaya melaksanakan satu program iaitu Ceramah Isra’ Mikraj Peringkat Banduan Penjara Bentong 2019 sempena Sambutan Hari Peristiwa Isra’ Mikraj.

Program ini diacarakan oleh Ustaz Al Faisal Bin Nalis  serta dihadiri oleh seramai 332 orang banduan yang terdiri daripada banduan lelaki dan perempuan beragama islam. Penceramah jemputan ialah Ustaz Roslan Mat Isa ( Penceramah Bebas ).

Dengan berakhirnya program ceramah ini diharap dapat pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya hendaklah direnung dan dihayati supaya ianya dapat membantu memberikan nilai tambah dalam kehidupan, baik dalam usaha meningkatkan ketakwaan dan prestasi ibadah kepada Allah mahupun untuk peningkatan ilmu pengetahuan, terutama dalam menghadapi cabaran globalisasi masa kini.