| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Temu Seru Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Bersama Penghuni Di Penjara Tapah

Pada 9 April 2019 (Selasa), Penjara Tapah telah menerima kunjungan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang diketuai oleh SS Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Muhamad Al-Bakri bersama-sama kakitangan Pejabat Mufti yang lain.

Ketibaan SS Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Muhamad Al-Bakri pada pukul 9.45 pagi diperkarangan Pejabat Pentadbiran Penjara Tapah disambut oleh TKP Kamarudzaman bin Hj Mamat, Pengarah Penjara Tapah, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Perak PKK Norwati binti Mat Isa, Timbalan Pengarah Penjara Tapah PKP Kamarulzaman bin Ismail, serta pegawai-pegawai kanan Penjara Tapah. Turut hadir dalam menyambut kedatangan rombongan ini ialah YDH Toh Paduka Indera Dato’ Haji Mat Rasid bin Ayub, Orang Besar Jajahan Batang Padang, Kamaruddin bin Adam Ketua Penolong Mufti Negeri Perak dan Pegawai Tadbir Agama dari Pejabat Agama Daerah Tapah.

Sebelum memulakan Program Temu Seru, Tuan Pengarah telah memberikan sedikit taklimat ringkas kepada rombongan, dan diakhiri dengan penyampaian sumbangan berupa buku-buku keagamaan bagi kegunaan Program Pembangunan Insan/ Program Pemulihan kepada penghuni di Penjara Tapah serta sedikit buah tangan telah disampaikan oleh SS Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Muhamad Al-Bakri kepada Pengarah Penjara Tapah.

Seterusnya, rombongan dibawa berjumpa dengan penghuni-penghuni di Dewan Ilmu Penjara Tapah dimana SS Dato’ Seri Dr Zulkifli bin Muhamad Al-Bakri telah menyampaikan sedikit tazkirah pendek kepada penghuni serta menyampaikan nasihat dan meminta supaya bersabar dan redha dengan ujian yang dihadapi.