| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Persaraan Kakitangan Muzium Penjara Malaysia

10 April 2019 (Rabu) – Muzium Penjara Malaysia Melaka telah mengadakan Majlis Persaraan Kakitangan Muzium Penjara Malaysia bagi meraikan dua (2) kakitangan yang akan bersara. Kakitangan yang diraikan ialah Koperal Mohd Saleh bin Abdul Jamal (7608) dan Puan Omaikelesom binti Ibrahim. Koperal Mohd Saleh bin Abdul Jamal telah bertugas di Jabatan Penjara Malaysia selama 31 tahun manakala Puan Omaikelesom binti Ibrahim telah bertugas dengan kerajaan Malaysia selama 38 tahun. Sumbangan hadiah daripada Kelab Kebajikan & Rekreasi Muzium Penjara Melaka dan PERSIAP Muzium Penjara Malaysia telah disampaikan oleh PP Mohd Saifullah bin Md. Akhir Pengarah Muzium Penjara Malaysia dan Puan Fairuz Simaa binti Abdullah Pengerusi PERSIAP Muzium Penjara Malaysia. Majlis ini telah diadakan di Holiday Inn Melaka bermula pada pukul 8:30 malam berakhir pada jam 10:30 malam.