| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2019/1440H

Pada 10 April 2019(Rabu) bersamaan 04 Sya’ban 1440h, Unit Agama Islam Penjara Kajang telah mengadakan program Perujian Tilawah Al-Quran Peringkat Penghuni 1440H. Program ini telah diadakan di Surau At-Taqwa bermula jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 11 peserta yang terpilih telah menyertai perujian ini yang turut dihadiri oleh PP Zakaria Bin Mat Jusoh (Ketua Seksyen Pemulihan), Ustaz Azhar B. Hj.Wi (Ketua Unit Agama Islam) dan jawatankuasa terlibat. Majlis dimulakan dengan penyampaian taklimat dari ketua juri iaitu Ustaz Hasan Al Banna Bin Akmal Hisham, kemudian diteruskan dengan perujian tilawah daripada peserta. Tempat pertama disandang oleh peserta dari Blok Pusat Pemantapan Kerohanian (PPK), diikuti peserta dari RPD dan Blok Fajar.  Hadiah telah disampaikan oleh PP Zakaria dan seramai 278 orang penghuni terlibat dengan program ini.