| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Sempena Sambutan Hari Penjara Yang Ke 229 Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sembilan Tahun 2019

25 Mac 2019 (Isnin) – Institusi Pemulihan Dadah Jelebu telah menjemput penceramah Puan Norashiken binti Ahmad Penolong Pengarah Cawangan Pendidikan Pencegahan AADK Negeri Sembilan untuk menyampaikan ceramah sempena Sambutan Hari Penjara Ke 229 peringkat Institusi Pemulihan Dadah Jelebu. Seramai 40 orang kakitangan terlibat dalam ceramah tersebut. Turut hadir PKP Fayrouz bin Ahmad Zawawi Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu.  Ceramah yang bertajuk ‘Dadah dan Kehidupan’ ini disampaikan bagi tujuan memberi kesedaran tentang keburukan penyalahgunaan dadah dan kesannya dalam kehidupan. Ceramah telah bermula pada jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengahari.