| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian, Penempatan dan Kebajikan Orang Tahanan (JPPKOT) Peringkat Jabatan Penjara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2019

Pada 6 Mac 2019 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian, Penempatan dan Kebajikan Orang Tahanan  (JPPKOT) Peringkat Jabatan Penjara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2019. Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai tujuh belas (17) orang perwakilan daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pusat Pemulihan Khas, dan Pusat Pemulihan Akhlak seluruh negara yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Komisioner Penjara Kausalya Devi a/p Sathoo, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Seksyen Pemulihan dan Pendidikan), Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Di antara agenda mesyuarat tersebut ialah membincangkan Kes Orang Tahanan Akta Dadah Berbahaya (Langkah- Langkah Pencegahan Khas) 1985 yang akan tamat tempoh pada bulan April 2019 dan Kes Orang Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 yang akan tamat tempoh tahanan pada bulan Mei 2019. Mesyuarat tersebut telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengah hari.