| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Dan Ujian Kecergasan Siri 1 Kakitangan Penjara Dusun Dato’ Murad

09 Februari 2019 (Sabtu) : Unit Latihan Institusi Penjara Dusun Dato’ Murad telah mengadakan Latihan Dan Ujian Kecergasan Siri 1 yang melibatkan kakitangan Divisyen A. Latihan dan ujian tersebut telah diadakan di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka dan bermula seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 10.30 pagi. Latihan telah dimulakan dengan senaman regangan, senamrobik dan larian sejauh 10 kilometer. Objektif latihan adalah untuk memastikan tahap kesihatan dan kecergasan setiap kakitangan sentiasa berada dalam keadaan baik semasa menjalankan tugas harian.