| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bengkel Pemurnian MyPortfolio Kakitangan SHG Telok Mas, Melaka

Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Bengkel Pemurnian MyPortfolio pada 27 Februari hingga 1 Mac 2019 bertempat di Dewan Seroja. Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk permunian dokumentasi Myportfolio selaras dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 4 Tahun 2018. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Nurmaliza Binti Umar, Penolong Pegawai Tadbir dan Cik Norfarina Binti Janudin, Ketua Unit Sumber Manusia SHGTM serta telah disertai seramai 50 orang kakitangan yang terdiri daripada ketua unit dan wakil setiap unit.