| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Latihan Kecergasan Mendaki Bukir Mor, Parit Jawa Muar Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor Tahun 2019

Latihan Kecergasan Mendaki Bukit Mor, Muar Peringkat Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah diadakan pada 03/03/2019, jam 08.00 pagi. Program turut dihadiri KP Hj Abd. Wahab bin Hj Kassim, Pengarah Penjara Negeri Johor dan PKP Mohd Shukri bin Harun, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Program dimulakan dengan taklimat dan aktiviti senaman regangan otot seterusnya memulakan pendakian. Mendaki merupakan aktiviti terbaik bagi meningkatkan stamina badan serta merehatkan minda dikalangan kakitangan. Program telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dikalangan kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor.