| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Mesej Dari Penjara Bersama Politeknik Merlimau Di Penjara Dusun Dato' Murad

28 Februari 2019 (Khamis) : Politeknik Merlimau, Melaka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Penjara Dusun Dato’ Murad. Program yang berlangsung selama satu hari itu melibatkan seramai 40 orang pelajar dan 3 orang tenaga pengajar itu telah dikendalikan oleh Tuan Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku Pegawai Psikologi Penjara Dusun Dato’ Murad, Unit PPI dan Unit Agro. Program dimulakan dengan taklimat berkaitan Penjara Dusun Dato’ Murad dan sesi “Mesej Dari Penjara” yang turut melibatkan seramai 5 orang penghuni. Program berakhir dengan sesi lawatan ke sekitar kawasan agro dan juga penyampaian cenderahati.