| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kempen Antidadah Kebangsaan Di Penjara Kajang Bagi Tahun 2019

Pada 26 Februari 2019(Selasa),sempena Bulan Antidadah Kebangsaan, Penjara Kajang telah menganjurkan Program Psikopendidikan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Program berbentuk ceramah tersebut telah diadakan bertempat di Dewan Seminar Rawatan dan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang yang disampaikan oleh Encik Mohd Farid Bin Mohamad Japeri (Penolong Pengarah Kanan AADK) yang berkongsi tentang kesan dadah dan kepentingan jalinan kasih sayang dalam kehidupan yang sukses. Seramai 96 orang penghuni dan 10 kakitangan telah menyertai program tersebut yang turut dihadiri oleh Tuan Hj Izzudin Bin Ghazali (Ketua Unit Psikologi) dan KIP Mohd Shahril (Penolong Ketua Unit PPI).