| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Ramah Mesra Tahun Baru Cina 2019 Bersama YB Senator Dato’ong Chong Swen Dan Banduanita Penjara Wanita Kajang

Pada 21 Februari 2019 (Khamis), Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Penjara Wanita Kajang telah mengadakan Program Ramah Mesra Tahun Baru Cina 2019 di peringkat institusi. Program ini adalah hasil kerjasama dengan YB Senator Dato’Ong Chong Swen dan Pertubuhan Khidmat Nasihat Guaman  Dan Bantuan (KNGB) Wanita 1 Malaysia yang ingin membuat program untuk banduanita di institusi ini. Seramai 20 kakitangan Penjara Wanita Kajang dan 95 banduanita telah menyertai program tersebut.Tetamu  jemputan juga yang turut memeriahkan program ini adalah Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Buddhist Care Centre, Persatuan Hindu Sangam, Persatuan Bimbingan Agama, Persatuan Brahma Kumaris dan Persatuan Masyarakat Prihatin. Pertubuhan KNGB Wanita 1 Malaysia telah menyumbang buah mandarin kepada seluruh banduanita di institusi ini. Antara aktiviti yang diadakan adalah menyediakan Lau Sang oleh penghuni dan persembahan nyanyian dan tarian naga oleh penghuni. Program ini dapat memberi kemeriahan kepada penghuni Penjara Wanita Kajang terutamanya banduanita yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina serta kesan yang mendalam kepada mereka yang merindui keluarga.