| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Sukan Persahabatan 4 Jabatan

Pada 2 Mac 2019, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda telah menganjurkan sukan 4 Jabatan yang terdiri daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda dan Penjara Sungai Petani. Penjara Sungai Petani telah menjadi Johan keseluruhan dalam acara yang dipertandingkan melibatkan sukan Bola Sepak 9 sebelah (Johan) , Petanque (Johan) , Bola Jaring ( Naib Johan) dan Bola Tampar ( Naib Johan).Turut hadir Pertandingan 4 Jabatan ialah Pengarah Penjara Sungai Petani PKP Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, Dr Hamizah binti Sultan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dan Pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda serta Majlis Perbandaran Sg Petani.  Piala Pusingan disampaikan  oleh YB Nurin Aina Parlimen Merbok. Tujuan pertandingan diadakan adalah untuk merapatkan ukhwah dan hubungan persaudaraan antara 4 jabatan disamping meningkatkan kecergasan dan kesihatan kakitangan.