| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Majlis Konvokesyen Persijilan Pengajian Islam Tafaqquh Fiddin Tahap Satu Bagi Penjara Negeri Pahang dengan Kerjasama Yayasan Pahang

Pada 28 Februari 2019 (Khamis), bertempat di  Dewan Perdana Kompleks Penjara Bentong telah diadakan Majlis Konvokesyen Persijilan Pengajian Islam TafaqquhFiddin Tahap  Satu Bagi Penjara  Negeri Pahang dengan kerjasama daripada Yayasan Pahang. Program TafaqquhFiddin ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki tahap pengetahuan dan kefahaman mengenai agama Islam secara sistematik melalui silibus khas yang  merangkumi kitab-kitab lama dan baharu seperti Kitab Fekah Mazhab Shafie, Mutiara Ilmu Akidah, Tajwid dan Tafsir Al-Quran Rasm’ Uthman  yang keseluruhannya mengandungi 4 tahap. Program ini adalah dengan kerjasama Yayasan Pahang . Di dalam Majlis Konvokesyen ini seramai 85 orang penghuni yang terdiri daripada penghuni  dari Penjara Bentong, Penjara Penor dan Kem Pemasyarakatan Batu 10 telah berjaya dalamTahap Satu. Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Komisioner Jeneral Penjara, Dato’ Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir YBhg. Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Dato’ Abd Aziz bin Abd Razak, YH KP Dato’ Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Pahang, YH TKP Dato’ Muhammad Zuki bin Muhammad Zain, Pengarah Penjara Bentong dan YH Dato’ Mahmud Bin Mohd Nawawi, KetuaPegawai Eksekutif Yayasan Pahang.