| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ceramah Anti Dadah Sempena Bulan Anti Dadah Peringkat Penjara Sungai Petani 2019

Pada 24 Februari 2019 bersamaan hari Ahad, Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program Ceramah Anti  Dadah Sempena Bulan Anti Dadah Peringkat Penjara Sungai Petani bagi Tahun 2019. Seramai  98 orang penghuni  beserta kakitangan awam terlibat dalam program tersebut. Majlis dimulakan dengan sesi ceramah tentang “Bahaya Dadah kepada diri, Masyarakat dan Negara oleh penceramah dari AADK Daerah Kuala Muda iaitu Tn Khairul Farizan Bin Tn Abdullah Zawawi. Majlis diserikan lagi dengan perasmian penutupan program oleh Pengarah Penjara Sungai Petani , Yang Mulia PKP Raja Nazril Azman  Bin Raja Azam Iskandar. Turut hadir dalam majlis tersebut TPP Zaini Bin Ahmad, SI Abdul Malek B. Baharudin dari Ibupejabat polis Daerah Kuala Muda,TPP Mohd Yusrizal Bin Othman Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Kakitangan Unit Pemulihan serta Pegawai lain-lain pangkat Penjara Sungai Petani, Kedah.