| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Kerja Ketua Penolong Pengarah (E8) Counter Terrorism,Cawangan Khas Bukit Aman, DCP Dato'Ayob Khan Mydin Pitchay Ke Pusat Koreksional Kamunting, Perak

Pada 23 Januari 2020 (Khamis), Pusat Koreksional Kamunting telah menerima lawatan kerja daripada YBhg. Dato'Ayob Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah (E8) Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman serta beberapa anggota. Turut bersama dalam lawatan tersebut ialah Pengarah Pusat Koreksional Kamunting PKP Ahmad Rizal bin Mohd Ghazali, serta beberapa pegawai kanan Pusat Koreksional Kamunting. Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk mengadakan Program Deradikalisasi keatas 3 orang banduanita di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA). Lawatan dimulai dengan sesi melawat ke Blok penempatan banduanita SOSMA iaitu kawasan Blok Damai seterusnya ke Bengkel Tekat. Lawatan tersebut disudahi dengan sesi serahan buku bacaan, sesi fotografi, makan tengahari dan menandatangani buku pelawat.