| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Bersama Penghuni Tahun 2019 Penjara Sungai Petani

17 Februari Ogos 2019, Institusi Penjara Sungai Petani, Kedah telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina bersama penghuni bagi tahun 2019. Seramai 200  orang penghuni yang terlibat dalam program tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh PP Abd Zaini b. Ibrahim Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani dan ucapan wakil Persatuan Than Hsiang Kedah. Majlis diserikan lagi dengan persembahan tarian naga,wushu,permainan alat muzik tradisional dan  nyanyian oleh penghuni. Majlis diserikan lagi dengan ramah mesra Timbalan Pengarah Penjara dengan keluarga penghuni. Kemudian diikuti dengan penyerahan buah limau kepada wakil penghuni Kemudian majlis diteruskan lagi  dengan penyampaian cenderahati kepada wakil Persatuan Than Hsiang Kedah oleh PP Abd Zaini b. Ibrahim Timbalan Pengarah Penjara Sungai Petani. Turut hadir dalam majlis tersebut TPP Zaini Bin Ahmad, TPP Mohd Yusrizal Bin Othman Ketua Bahagian Pemulihan dan Rawatan, Kakitangan Unit Pemulihan serta Pegawai lain-lain pangkat Penjara Sungai Petani, Kedah.