| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Program Jalinan Kasih Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Kajang 2019

Pada 12 Februari 2019 (Selasa) bertempat di Dataran Perhimpunan, Penjara Kajang telah diadakan Program Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Seramai 18 penghuni terpilih terlibat dalam program yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penjara Kajang iaitu PKK M.Basakaran A/L S.Muthiah. Turut sama memeriahkan majlis ialah PKP Muhamad Kamal Bin Shamsudin dan wakil dari Persatuan Masyarakat Prihatin Zi Zai Yuan. Seramai 65 orang ahli keluarga penghuni terlibat dalam program ini yang bertujuan memberi peluang kepada penghuni terpilih yang jarang berjumpa keluarga merapatkan lagi hubungan silaturahim dan merasai kemeriahan perayaaan. Program diserikan lagi dengan persembahan tarian singa dan persembahan ‘buskers’ daripada penghuni.