| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-26 Tahun 2019

Pada 11 Hingga 12 Januari 2019 bertempat di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor telah diadakan Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia kali ke–26 tahun 2019. Seramai 140 orang peserta melibatkan 10 pasukan iaitu daripada Penjara Negeri Johor A, Penjara Negeri Johor B, Penjara Negeri Melaka, Penjara Negeri Kedah, Pasukan Penjara Negeri Pulau Pinang, Pasukan Penjara Negeri Perak, Penjara Negeri Pahang, Penjara Negeri Terengganu, Penjara Negeri Selangor dan Penjara Negeri Kelantan.

Keputusan Penuh Kejohanan:-

i.    Johan :  Penjara Negeri Kedah    
ii.    Naib Johan :  Penjara Negeri Perak
iii.    Tempat Ketiga :  Penjara Negeri Selangor
iv.    Tempat Keempat :  Penjara Negeri Pahang
v.    Pemain terbaik kejohanan :  KPL 15117 Zubaidah Binti Samsudin
(Penjara Negeri Kedah)
vi.    Penjaring terbanyak :  KPL 17559 Nurul Emiezan Binti Mohd Nasir (Penjara Negeri Perak)
vii.    Pasukan Terbaik (Fair Play) Pasukan Johor A (Penjara Kluang)

Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Bola Jaring Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke– 26 Tahun 2019 pada 12 Januari 2019 (Sabtu) telah disempurnakan oleh  YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Penjara Negeri Johor, KP Haji Abd Wahab bin Kassim, TKP Ramli bin Osman, Pengarah Penjara Simpang Renggam selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan serta Pengarah–Pengarah Institusi Zon Selatan. Majlis diakhiri dengan ucapan Perasmian Penutupan dan penyampaian hadiah kepada pemenang oleh YBhg.KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia.