| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Lawatan Pasukan Pengelola TIBI Daerah Melaka Tengah Ke SHG Telok Mas

Pada 9 Januari 2019 (Rabu) Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima Lawatan Kerja dari Pegawai-Pegawai Epidemiologi Tibi/Kusta dan Pasukan Pengelola Tibi Unit TB / Kusta Daerah Melaka Tengah yang diketuai oleh Dr Nurmawati Ahmad, Pegawai Epidemiologi Pejabat Kesihatan Melaka Tengah. Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat serta perbincangan tentang kawalan dan rawatan penyakit Tibi untuk penghuni dan kakitangan di instutisi ini. Pada majlis tersebut telah diserahkan buku garis panduan kawalan Tibi di Institusi Penjara Malaysia 2017 sebagai SOP bersama dalam menangani kes-kes berkaitan penyakit Tibi.