| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengarah Penjara Sabah & W.P Labuan

Pada 1 Januari 2019 jam 08.00 Pagi bertempat di CPS Bowl, Center Point Kota Kinabalu, Sabah telah berlangsung Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan yang dianjurkan oleh Penjara Pusat Kota Kinabalu dan telah dirasmikan oleh Timbalan Komisioner Penjara, Haji Suria bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan. Pusat Koreksional Labuan telah menghantar beberapa pegawai menyertai kejohanan tersebut iaitu diketuai oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan, Ketua Inspektor Penjara, Mohd Saiful bin Mat Yasing, Koperal Penjara Bil. 14347 Cosmas Ubih, Wadar Penjara Bil. 20942, Jeckry Kori dan Puan Nur Atirah Chong Abdullah. Pusat Koreksional Labuan telah mendapat Tempat Ke-3 bagi Acara VIP yang diwakili oleh Penolong Komisioner Penjara, Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan dan Tempat Ke-3 bagi Acara Pengurus yang diwakili oleh Ketua Inspektor Penjara, Mohd Saiful bin Mat Yasing.