| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sanitasi Awam / Pembersihan dan Disinfeksi Mencegah Wabak Covid-19 di Penjara Pusat Miri

Pada 15 April 2020, telah dijalankan aktiviti Pembersihan dan Disinfeksi Bagi Mencegah Wabak Covid-19 di sekitar kawasan Penjara Pusat Miri. Program ini dijalankan dengan kerjasama seramai (15) orang pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri yang telah di ketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri, Tuan Mohd Hamdani bin Haji Madon. Program ini telah berlangsung mulai jam 10.00 pagi bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di sekitar kawasan Pintu Besar, Markas UKP, Pejabat Pentadbiran, Pejabat Rekod, Pejabat Kenderaan, Pejabat Pembangunan, Blok Tabah, Blok Rahmat serta Perkarangan dataran mini Kenyalang.