| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta LamanAduan & Maklum BalasHubungi KamiSoalan Lazim

Pelan Kontigensi Menangani Penularan Wabak COVID-19 Pusat Koreksional Bintulu

Pada 18 Mac 2020 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah menjemput pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu untuk memberikan taklimat berkaitan Pelan Kontigensi Menangani Penularan Wabak COVID-19. Taklimat ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang lebih tepat dan jelas berkaitan virus ini kepada kakitangan institusi disamping pelan kontigensi dalam usaha mengekang penularan jangkitan COVID-19 khususnya diperingkat institusi. Seramai tiga puluh (30) orang kakitangan institusi daripada pelbagai unit telah terlibat dalam taklimat ini yang turut dihadiri oleh PP Bolkiah Bin Srah, Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Bintulu. Taklimat telah disampaikan oleh Dr. Norliza Binti Jusoh iaitu Pegawai Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu yang turut dibantu dua (2) lagi kakitangan. Taklimat telah dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi.